64 TIPS AGAR MENJADI KURUS

Langsing itu menyenangkan. Selain tubuh indah dipandang mata. Anda akan lebih sangat percaya diri jika berjalan berdua dengan pasangan Anda. Mempunyai tubuh langsing juga membuat nafas Anda menjadi gampang teratur, karena konon kabarnya. Kelebihan lemak juga dapat menekan aluran pernapasan

Mungkin Anda perlu melihat tips berikut, tentang bagaimana cara membuat tubuh langsing tanpa mengkonsumsi obat diet yang sebetulnya belum tentu aman untuk tubuh Anda.

64 Cara untuk Langsing tanpa obatobatan
Hye guyz!! Ada tips baru ne buat kamu, bahasa malaysia seh, selamat
mencoba...

1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari
apa yang kita ambil, tubuh akan
terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle’ (otot) untuk menggantikan
makanan. Ini menyebabkan kadar
metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada
kebiasannya anda akan makan dengan
lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah
kembali ke paras normal, tetapi
metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar
kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini
menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar
isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL.
Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam
perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan
memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air,
pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk
kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan
pengambilan garam bermakna badan
anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang
disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi.
Menurut satu kajian, mereka yang
tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding
dengan mereka yang mengambilnya.
Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula
didalam darah. Kadar metabolsima
juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila
kita makan secara perlahan-lahan,
tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN  Kunyahlah makanan lebih kecil sebelum menelan kerana
dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya
sekali, dua tetapi dengan kuantiti
yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda
atau kunyahlah gula-gula
getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh,
usah ada di dalam peti ais
anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus
oren kerana minuman masam
menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin,
mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan
nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang
berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk
berdiet 15.

15. Ambil makanan yang berempah
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori.
Penambahan lada hitam bukan
sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak
mengandungi karbohidrat
kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu Diari Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar
dalam proses penurunan berat badan.
Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap
kelaparan yang memerlukan anda
makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan
anda peka kepadakeinginan makan anda.
Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana
anda boleh membuat atau perbaiki
tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh
membuatkan anda lebih fokus dan lebih
komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan andadan rajinrajinlah
membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus Ramai orang lebih berjaya
dalam penurunan berat badan dalam
jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk
kurus kepada untuk kekal sihat dan
segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang
boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan
adalah merebus memanggang atau
mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit
minyak(misalnya satu sudu minyak
masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring
cekung. Ambil sayuran dahulu
untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya.
Jika ingin tambah, hanya
sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan
jangan disembarang tempat apa lagi
sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak
makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan
sesudah makan akan membantu
menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda
berjalan satu kalori akan diguna.
Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan
dengan santai kerana perut anda
baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat
berbelanja dan memasak.
Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah
perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika
ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai
makanansegera harus anda kunjungi
paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama
akan lebih efektif. Latihan dapat
dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin
boleh disamakan dengan gerakan
penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan
cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32
kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
I. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak
melecet dan sihatii. Gunakan tangga
untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa
tingkat, kemudian sambunglah
denagan menaiki lifiii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan
laju dengan nafas yang dalam.
Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang
kaku. Melenturkan otot dapat
melancarkan peredaran darah. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan
tetapi dalam tempoh yang lama. Ini
dapat mencantik dan merampingkan peha.
PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING
Berat yang Berlebihan
Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.

26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang
anda minum boleh menurunkan berat
badan anda.Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap
hari, setelah itu perah airnya
ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk.
Setelah itu bolehlah dijadikan
air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara
ini boleh diikuti dengan senaman
ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan
beransur turun.

27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan
campurkan dengan air perahan limau
nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan
sebelum tidur.

28. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan
minuman harian. Air asam jawa
akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku
asam jawa, ramas ke dalam air
sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman,
selepas anda makan tengahari atau
makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan
bertambah segar dan langsing.

29. Nak Turunkan Berat Badan
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan
serbuk Kayu Manis dan Madu

30. Badan Langsing Selepas Bersalin
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua
berikut : Ambil 5 halia bara ( Halia
Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.Tumbuk kesemua sehingga lumat.
Perahkan air Limau Nipis. Dan
makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu
dalam pantang.

31. Mengurangkan buncit Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit,
anda boleh mencuba petua ini.iaitu
ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah
jusnya.kapur dan limau tadi dicampur
dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur
biarkan kering sehingga pagi.

32. Mengempiskan Perut
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang
telah dicampur dengan teh tanpa
gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan
insyaallah perut anda yang buncit
akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang
penyakit. Selamat mencuba

33. Kempiskan Perut Anda Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau
nipis dan campur dengan kapur
sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah
perut anda akan lebih menarik.
PETUA KECANTIKAN WAJAH

34. Menghilangkan Parut Jerawat
Mula-mula ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk. Insyaallah
petua ini dapat menghilangkan
jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap wanita.

35. Menghilangkan Tahi Lalat
Asalammualaikum, Caranya ialah ambil nenas dan limau purut yang telah
dikisar, sapukan di tempat tumbuhnya
tahi lalat tersebut. Lakukan 2 atau 3 kali sehari sehingga ia jatuh sendiri.
Amalkannya selalu, Insyaallah
akan mendapat hasilnya segera. Saya pun sedang mengamalkannya sekarang.
Selamat mencuba!!

36. Bibir Merah Semulajadi
Petua ini saya amalkan sejak 11 tahun lalu, memang berkesan..mudah saje,
sapukan sedikit mentega atau
majerin pada bibir anda sebelum tidur. amalkan setiap hari.

37. Melebatkan Bulu Kening
Setiap wanita inginkan bulu kening yg cantik dan tersusun tanpa dicukur jadi
untuk menjadikan itu kenyataan
cara-caranya ialah ambik daun lidah buaya ramaskan hingga melekit dan
sapukan dikening pada setiap malam.

38. Licin Berseri
Ambil Yogurt Asli kemudian sapu pada keseluruhan bahagian muka. Buat
seperti masker..biarkan beberapa minit
hingga yogurt tersebut kering kemudian cuci muka dengan air bersih. Ulang
setiap 3 kali seminggu anda akan
nampak hasilnya muka akan kelihatan licin, berseri, segar dan mengelakkan
daripada kulit muka kering.

39. Naikkan Seri Wajah/Muka Setiap kali sebelum anda ingin mendapatkan
kelapa untuk santannya, jangan
dibuang air kelapa tersebut. Air kelapa tersebut boleh menyerikan wajah
anda. Mula-mula ambil air kelapa
itu dan sapukan ke muka anda. Biarkan sampai kering. Selepas itu, barulah
basuh muka anda. InsyaAllah wajah
anda akan berseri dan parut di muka akan beransur hilang. Amalkanlah selalu…

40. Mengelak Daripada Lebam di Bawah Mata
Semasa kita menyapu krim atau foundation di muka… pada bahagian bawah
mata sapu krim sambil mengurut guna
jari manis sebanyak 3 kali dan baca selawat.

41. Menghilangkan Lebam Bawah Mata
Sebelum mandi pagi, lapkan mata anda dengan air sejuk dari peti sejuk..cuba
lah..ianya juga baik untuk
menyegarkan mata.

42. Melicinkan Wajah
Ambil buah tomato makan sapu pada muka pada waktu pagi dan malam. Muka
akan menjadi licin dan halus.
selamat mencuba.

43. Memerahkan Bibir Yang Hitam
Bibir yang hitam boleh kembali bertukar kepada warna merah. Caranya ambil
3 helai daun sirih, perah airnya
yang berwarna merah kemudian sapu di bibir pada waktu malam. Amalkannya
selalu dan insyaallah apa yg anda
hajati akan menjadi

44. Menghilangkan Lebam di Bibir
Untuk menghilangkan atau mengurangkan lebam bibir akibat kesan merokok,
ambillah halia dan ditumbuk lumat
sehingga mengeluarkan air dari halia tadi. Amalkan menyapu kebibir anda
setiap malam sebelum masuk tidur
dan biarkan ianya kering sendiri. Untuk melembabkan bibir juga, anda ambil
madu dan sapukan pada bibir anda
setiap malam. Itulah yang saya malkan selalu. Selamat mencuba.

45. Memerahkan Bibir
Saya ada masalah tentang bibir saya yang hitam seolah-olah merokok. Ia
tidak seimbang dengan kulit saya
yang kuning langsat. Bagaimana untuk saya merahkan bibir saya secara
semulajadi dan jika ada petua
tradisional, adakah ia mengambil masa yang lama? Saya juga tidak suka
memakai lipstik. Diharapkan ruangan
ini dapat membantu saya sekian,terima kasih

46. Membentuk, Menghitamkan serta Melebatkan Bulu Kening
Caranya mudah saja… ambil sebiji buah keras, bakar hingga hangus ( hitam ).
Dengan menggunakan sebatang
lidi yang bersih, gosok/asah pada buah keras tu. Kemudian sapukan pada
kening dan bentuklah dengan
sebaiknya. Lakukan beberapa hari. Seelok-eloknya sapukan pada kening anak
yang baru lahir, Insya-Allah
kening anak anda akan tumbuh dan berbentuk dengan cepat dan cantik. Petua
ini juga boleh diamalkan oleh
sesiapa saja yang inginkan kening cantik dan hitam. Selamat mencuba.

47. Naikkan Seri Wajah dan Otak Bijak
1. Seri Wajah: Ambil sedikit air dan selawat sebanyak tiga kali dan sapukan
pada wajah lakukan pada
tiap-tiap pagi insya’Allah wajah akan kelihatan berseri-seri.
2. Otak menjadi bijak: masukkan sedikit garam dalam 1 gelas air dan minum
pada setiap pagi insyaallah
mujarab.

48. Mencantikkan Kulit Muka
Untuk jadikan kulit muka yang cantik, mestilah rajin mencuci.1. Sapu muka
dengan telur -merah/putih biar
hingga kering2. Cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis dan basuh
sekali lagi kemudian lapkan dgn
tuala yg bersih.Lakukan sekali sehari insyaallah kulit muka anda tidak
ditumbuhi jerawat dan menegangkan
kulit muka yang kendur.

49. Menyerikan Wajah
Ambil,embun pagi dihujung rumput/daun ( dikawasan yang tiada pencemaran )
dan sapukan ditapak
tangan.Kemudian sapukan di bahagian muka sambil berselawat dan biarkan
hingga kering. Kemudian basuh muka
anda. Amalkan selalu insyaallah.

50. Menghilangkan Hitam di Muka dan Jerawat
Ambil kayu manis dan dicelup di dalam air lalu kikis di atas benda kesat
seperti batu.. sapukan kayu manis
yang sudah dikikis di kawasan bintik- bintik hitam dan jerawat.. Insyaallah
jerawat dan bintik- bintik
hitam akan beransur hilang… tapi kena rajin mengamalkannya… Semoga anda
berjaya dan selamat mencuba.

51. Petua Awet Muda
Bangun pagi dari tidur… minum air masak @ air kosong 3 gelas sebelum basuh
muka gosok gigi. Selepas itu
barulah bersiap untuk mandi. Amalkan selalu setiap pagi selepas bangun
daripada tidur. Senang dan mudah.
Cuba dan lihatlah kesannya kerana saya telah mencubanya.

52. Muka Berseri
Bangun pagi, sebelum air menyentuh mana2 anggota badan, gunakan jari
telunjuk dan rautkan menggunakan air
bermula dari bawah muka hingga ke dahi disertai dengan selawat. Buat
sebanyak 3 kali. Amalkan setiap hari.
Insya ALLAH, wajah anda akan berseri2. Jangan rautkan dari atas ke bawah,
sebab ia akan menjadikan wajah
cepat kedut. Dan jangan tinggal solat serta baca Alquran dan berwirid.

53. Sentiasa Muda
Ramai wanita yang ingin nampakmuda walaupun usia sudah mencecah sehingga
35 tahun. Petuanya mudah sahaja,apabila bangun dari tidur, ( jangan gosok gigi ) minum segelas air suam
beserta dengan selawat. Insyaallah umur 35 tahun pun masih kelihatan muda

54. Nampak Muda
Untuk kelihatan sentiasa muda walaupun umur anda telah meningkat dewasa
amalkanlah selalu makan ulam
kampung. Ia banyak memberi khasiat pada tubuh badan kita. Dan anda juga
digalakkan supaya selalu tersenyum
walaupun anda sedang menghadapi banyak masalah. Senyum adalah satu
sedekah. Selamat mencuba.

55. Sentiasa Awet Muda
Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua
saya ini dengan jujur dan ikhlas.
Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff,
kemudian minum air suam
sebanyak tiga teguk sahaja. InsyaAllah wajah mu akan kelihatan muda
daripada umur sebenar anda. Itu je
terima kasih.

56. Kulit Sentiasa Tegang
Basuh muka dengan air. Ambil sebiji putih telor dan sapukan pada muka.
Kemudian ambil kapas muka dan
letakan pada muka tadi seperti memakai mask selepas itu sapu kembali putih
telur tadi di atas kapas muka
sehingga basah,biar sehingga sehingga kering Kapas yang melekap di muka
akan menjadi seperti topeng muka
apabila di buka nanti. Hasilnya kita akan dapat lihat pada topeng itu terdapat
headwhite dan kotoran yang
terdapat pada muka, amalkan sakali setiap minggu. Pasti wajah anda tidak
terdapat jerawat dan kulit akan
putih dan lembut.

57. Muda Jelita Sentiasa
Setiap wanita amat mementingkan kecantikan dan kesihatan diri. Amalan
memakan Ulam-Ulam yang segar dan
Buah-buahan tempatan dapat membantu kita mengekalkan Kesihatan dan akan
kelihatan lebih Muda dari Usia
Sebenar. Ulam - ulaman yang saya maksudkan ialah Ulam Pegaga. Amalkan
memakan Ulam Pegaga selama beberapa
Minggu dan anda akan lihat hasilnya. Ianya juga memberi kesan yang Baik
kepada kesihatan dalaman anda.
Selamat mencuba petua ini.

58. Wajah Jelita
Semasa berdandan diwaktu pagi baca selawat nabi dikedua tapak tangan dan
raupkan ke muka berserta niat
dalam hati supaya di indahkah wajah seperti nabi Yusuf, jangan takbur bila
petua ini berkesan dan sampaikan
kepada orang lain

59. Lentikkan dan Lebatkan Bulu Mata dan Kening
Ingin kelihatan cantik , Gunakan Lendir pokok Lidah Buaya dan sapukan pada
bulu mata dan kening anda.
Insyallah… … lakukan berulang-kali untuk mendapat hasil terbaik.

60. Memutihkan Kulit Muka
Ambil sebatang timun batang diparut isi dalam nya dan campur bersama
1/2biji asam limau nipis bersama bedak
sejuk dipakai dimuka tiap tiap malam insyaallah kulit muka akan jadi putih dan
jerawat pun hilang.

61. Menghaluskan Kulit Muka
Petua ini diberikan oleh guru saya iaitu En. Alias Hamdan. Caranya ialah anda
perlu dapatkan putik kelapa
muda dan asahkan putik kelapa muda itu pada batu. Kemudian ada lumurkanlah
pada muka anda.

1. Pentingnya mengenali tubuh sendiri

Tubuh yang Anda punya jangan sekali-kali dibandingkan dengan tubuh orang lain. Karena tingkat kinerja tubuh seseorang itu berbeda. Anda harus lebih mengetahui dan mengenal tubuh Anda sendiri, sebab dari situlah Anda akan lebih mudah mengetahui kebutuhan diet harian Anda. Dan jangan sekali-kali mengikuti pola diet orang lain.

2. Makan harus disesuaikan dengan menu dan porsi yang cukup

Seperti yang tersebut diatas, jangan tidak makan sama sekali hanya karena ingin mengurangi berat badan. Tapi ikutilah pepatah berikut, “Makanlah sebelum lapar dan berhentilah sebelum kenyang”. Jangan mengikuti hawa nafsu yang membuat Anda semakin tidak terkontrol.

3. Konsumsi buah dan sayuran

Makanan berserat membuat saluran dalam perut Anda menjadi sangat lancar. Tidak menumpuk kotoran dalam tubuh, sehingga Anda pun tidak menumpuk lemak.

4. Jangan lupa untuk mengkonsumsi air putih

Cukupi kebutuhan air Anda dengan mengkonsumsi air 2 liter perhari. Air putih dipercaya dapat mencegah berbagai macam penyakit. Yang dapat keluar  melalui saluran air seni.

5. Jaga perasaan Anda

Anda tipikal orang yang mudah stress dengan melimpahkan stress Anda tersebut pada makanan. Ini adalah kebiasaan yang sangat tidak baik, bila kita makan berlebihan disaat perasan dan kondisi dalam keadaan buruk ataupun sedang gembira, kontrol emosi Anda. Dan ingat Anda sedang dalam keadaan diet.

6. Jangan lupa berolahraga

Olahraga dapat membakar berbagai macam lemak dalam tubuh Anda. Jika Anda ingin langsing, maka sering-seringlah berolahraga. Jika Anda tidak suka dengan kegiatan berolahraga, jadikan kegiatan itu kegiatan yang sangat menyenangkan untuk Anda. Buang semua pikiran buruk tentang olahraga.

Komentar

Postingan populer dari blog ini

PENERIMAAN MAHASISWA BARU AKPER INTAN MARTAPURA

ASUHAN KEPERAWATAN DENGAN KLIEN FRAKTUR RADIUS

ASUHAN KEPERAWATAN LOW BACK PAIN